- Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja.
- Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan.
- Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan atau keagamaan.
- Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan.
JENIS-JENIS KRAFTANGAN
1. LABU SAYONG
- Bekas berwarna hitam berbentuk labu yang diperbuat daripada tanah liat.
- Ia bekas air yang sekaligus bertindak menyejukkan air minuman.
- Negeri Perak terkenal dengan pasu jenis ini.
2. BELANGA
- Ditemui di kebanyakkan rumah kampung di Malaysia, belanga biasanya bertapak bulat dan bersisi lebar.
- Ia biasanya digunakan untuk memasak kari kerana dipercayai tapak bulat membolehkan haba disebarkan dengan lebih rata.
3. SENI KAYU
- Dikurnia dengan sumber kayu-kayan dengan daripada hutan tropikanya, Malaysia dikenali kerana kraftangannya yang menarik diperbuat dari kayu.
- Mengikut tradisi dahulu, keseluruhan rumah dibina daripada kayu balak berukir tangan dengan teliti.
- Hari ini, panel antik ukiran gaya melayu, hulu keris, bekas cina, arca ukiran orang asli orang asli yang unik, tongkat yang halus buatannya, peralatan dapur dan kayu berukir wangi adalah antara barangan hiasan eksotik yang banyak terdapat di Malaysia.
4. SENI ANYAMAN TANGAN
- Kagumi kraf anyaman tangan di Malaysia.
- Penggunaan bahan kayu serta tumbuhan tempatan daripada bambu, rotan, pandan dan daun mengkuang digulung, dipintal dan dianyam untuk membuat hasil kraftangan seperti beg, bakul, tikar, tudung saji dan bola sepak raga.
5. BATIK
- Warna pada batik tahan lebih lama berbanding fabrik yang dicat atau dicetak kerana fabrik batik dicelup sepenuhnya kedalam pewarna.
- Proses tersebut menggunakan teknik sekatan, menutupi keseluruhan ruang permukaan kain dengan lilin untuk menyekat warna daripada menyerap.
6. SONGKET
- Pada masa lalu, fabrik tebal dan mewah ini melambangkan status sosial bangsawan Melayu.
- Fabrik ini dibuat dengan menggunakan benang emas yang kemudiannya dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang sutera mengikut corak yang telah ditetapkan.
PENUTUP
Industri kraftangan perlu maju seiring dengan pembangunan negara dan sekaligus dapat menarik minat pelancong untuk bertandang ke negara kita.
Industri kraftangan perlu maju seiring dengan pembangunan negara dan sekaligus dapat menarik minat pelancong untuk bertandang ke negara kita.
No comments:
Post a Comment